I AM BACK


Dah lama sangat aku tak cerita kat sini. haha sumpah tak ada masa gila.. Memang ada niat nak sambung. Tapi bila nak cerita je terus macam malas pulak. hahah 

Kenapa aku tiba2 je nak kembali ni ? 
Sebab aku macam banyak benda nak luah tapi malu nak cerita and also mana la tau one day anak2 aku nak tau kisah hidup aku ke kan, so boleh usya sini je nak ingat balik. haha

Macam mana eh nak cerita ni... erm erm erm 

Okay jom kita start dari selepas habis SPM

LETS GO !

TAHUN 2016


Masa ni, ibu aku dah kahwin dengan Encik K. untuk support ibu aku selepas papa tak ada. Time tu aku macam tak suka. tpi tula ibu time tu tak ada saudara kat sini, tak ada keluarga. tak ada sesiapa. Keadaan ibu time tu mungkin tertekan nak jalani, nak jaga anak2 masih kecik.

Okay, masa habis SPM tu aku terus daftar lesen. Tapi aku failed. Masa nak repeat tu tiba-tiba aku dapat tawaran masuk study kat MSU Shah Alam. Time tu aku ada applied jugak untuk sambung study GOV malangnya benda yang aku minat tu tak boleh nak apply sebab aku bukan bumiputera. weh sedih gak laa time tu. end up aku tak tekan submit and tunggu je apa nak jadi until aku dapat tawaran tu. Also, aku anak sulung kan so macam tak ada siapa nak guide aku. Aku pulak tak rapat dengan cikgu kaunselor waktu tu sebabnya cikgu2 time tu bagi aku agak pilih kasih la (mungkin aku je berperasaan macam tu, overthinking. haha) 

Tawaran Diploma Medical Laboratory Technology

Masa surat tawaran tu dapat. Bila bukak, aku ditawarkan untuk sambung DMLT. Time tu kat kedai makan dengan ibu semua. Aku search course ni macam Lab macam tu. Aku agak kurang sikit suka course ni sebenarnya. Tapi time tu ibu macam bersyukur and happy gila anak dia dapat sambung ambik medik. Aku tengok ibu happy camtu. aku pun proceed. Masa nak dekat sambung belajar tu banyak masalah jadi kat family aku

Suddenly, dokumen peribadi aku dan adik2 aku semua kena rampas dengan JPN. Semua ni salah arwah papa dulu. Dia ada buat salah dulu yang relate dengan dokumen sah bagai. Kesian gila ibu time tu. Ya allah aku taktau nak tolong macam mana. Macam-macam usaha yang kami buat nak dapatkan balik. 
Tapi aku pun gamble je masuk MSU tu. Alhamdulillah boleh je masuk weh. mungkin sebab tu U private kot. So, takde la nak mintak document pelik2 sangat. AND lagi satu mungkin sebab doa ibu. Soal lesen ? aku tak dapat repeat pun sebab dia nak ic and so on kan. Time tu IC dah kena rampas dah. huhu 

Before aku masuk belajar, aku survey rumah sewa dengan ibu and kak Aida. Selepas beberapa rumah aku survey, finally aku jumpa rumah kat Menara U2. Aku duduk bilik 2 orang dan time tu aku berkongsi bilik dengan Khalilah Athirah (budak TESL). Housemate aku lain terdiri daripada Kak Aliyah (budak business), Kak Erni (budak business), Kak Mia (budak art) dan Niena (budak busieness). Dalam rumah tu paling tua kak aliya.

11 April 2016- Aku daftar MSU dan jalani seminggu orintasi. Pergh aku taktau time tu fun gila orintasi tu haha. Mungkin sebab aku dapat group yang fun fun kot (group no 13). Best gila weh. macam2 aktiviti. Time tu group aku semua saling berkerjasama, selalu gelak2 and selalu menang dalam apa2 je competition time tu. 

First day ibu hantar aku. haha berisi ibu time ni



First jumpa kawan2 orintasi. (Dina, Athirah, *takingat*, *takingat*)


Bincang hal apa tah time ni tak ingat. haha 





 
 
Last day orientation
Last day of orientation

16/4/2016- Last day orintasi. Masa hari last orintasi tu kan, aku agak sedih sikitla sebab nanti pasti dah susah nak jumpa, nak together gether lagi. Dorang pasti buat hal masing2. huhu. Apa pun, lepas habis orintasi tu kitorang actually kerap je jumpa. Kitorang tengok wayangla, makan2 la, gi sana gi sini, gi karaoke and banyak lagi. 

Antara kenangan kitorang: 




However, after few weeks macam tu, our activity pun dah start slow. Everyone buat hal masing2. Sebab semua dah start busy dengan kawan2 baru lagi and pelajaran dorang. Aku pun start busy jugak and jumpa dengan beberapa orang kawan iaitu Nurul Ashikin (kin) dan Kirtana (Kirtu). Kin asalnya budak Kedah dan Kirtu budak Cheras.

19/4/2021- Pertemuan kali pertama dengan Kin dan Kirtu. At first, agak janggal jugak untuk aku berkawan dengan dorang. Tapi Alhamdulillah kitorang macam rapat and ngam. 

Kin tudung biru. Kirtu short hair tu
  


Time ni excited gambar ngan real tengkorak. hahah


 
Cehh konon2 la ni haha 


Matric card haha


Animal House

After like few months macamtu, ramai masuk sekali dengan aku and kirtu. So muncullah Iqa, Wani, Yasmine, Syasya, Stella and so on. Seronok la sikit time tu sebab dah ramai kan.



Oath Taking. haha


Masa 2016 aku macam teringin buat something yang fun and extreme. So, aku masuk la Extreme Youth Club. Dalam club tu aku jumpa macam2 orang. Tapi 2 orang je yang aku rapat which are Kak Sha and Farhana. 

Okay sekarang dah maghrib. Kita akan sambung untuk Part II 2016. Tu pun kalau ada mood. haha. Cauuuu








Popular posts from this blog

MOviNG

Aku ingin Berubah